Karnival Jom ke IPT ( 2015 )

0
Pada 21 & 22 Mac 2015 yang lalu, KKDT telah menyertai Karnival Jom ke IPT anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.


KKDT telah membuka gerai jualan sepanjang karnival berlangsung sekaligus memberi peluang kepada ahli-ahli yang terlibat memperoleh ilmu jualan secara langsung dan tidak langsung.


Karnival ini turut disertai bersama tiga lagi kelab yang bernaung di bawah Pusat Keusahawanan dan Teknologi (CBER).



                                                           Ahli - ahli  yang terlibat :








Program 'Kami Prihatin' di Sekolah Agama Pintas Raya, Batu Pahat, Johor.

0
Pada 14 Mac 2015, Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan program 'Kami Prihatin' di Sekolah Agama Pintas Raya, Batu Pahat, Johor. 


Seramai 62 orang peserta telah mendaftar untuk program ini. Para peserta, guru-guru dan murid sekolah telah bersama-sama dalam aktiviti membersih, mengecat dan menaik taraf kawasan bilik darjah, dan sekitar kawasan sekolah. 


Semoga usaha baik KKDT bersama pihak sekolah akan dapat diteruskan pada masa akan datang, untuk memastikan murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik demi masa depan yang cemerlang.




                                                           Aktiviti yang dijalankan :

















Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa 2015

0
Pada 5 - 7 Mac 2015 yang lalu, KKDT telah mengadakan Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa yang bertempat di D'Village Resort , Ayer Keroh Melaka.
Objektif perlaksanaan program adalah :

- Merancang hala tuju, program dan aktiviti perniagaan dan keusahawanan mahasiswa sepanjang tahun 2015.

- Penstrukturan organisasi dan tanggungjawab setiap kelab dan operasi yang di bawah pemantauan CBER.

- Membuka peluang kepada mahasiswa untuk bertukar – tukar idea sesama sendiri dalam membuat perancangan.

- Memastikan sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan tersusun kerana mahasiswa yang terlibat dapat memberi sepenuh komitmen di tempat berlangsungnya program.

- Mahasiswa dapat mengumpul maklumat yang lebih jelas berkaitan peranan mereka yang perlu seiring dengan objektif CBER.

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya.




Peserta program

AGM KKDT 2014/2015

0
Isnin 24 November 2014 bertempat di Dewan Kuliah 1, Pusat Niaga Siswa (PNS) telah diadakan 
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT). Mesyuarat ini diadakan bagi melantik jawatankuasa baru untuk tahun 2015. Dengan persetujuan ramai, jawatan pengerusi telah disandang oleh saudara Nazirul Akmal Kadin dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).


Saudara Nazirul (kiri) memberi cenderamata kepada bekas
 mantan pengerusi saudara Azlizul kerana sudi hadir 

Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi KKDT pada sesi 2014/2015

PENGERUSI
Nazirul Akmal bin Kadin

NAIB PENGERUSI
Muhammad Hanif bin Yusof

SETIAUSAHA
Nor Fatin Nabihah binti Abdullah

BENDAHARI
Norhidayu binti Zulkafli


Semoga dengan kepimpinan baru ini, KKDT dapat berkembang terus maju ke hadapan.


Pengerusi KKDT terima Anugerah Koperasi UTHM 2014

0
Saudara Azlizul Aizat Razali, Pengerusi KKDT 13/14 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Azlizul Aizat bin Razali, Pengerusi KKDT 2013/14 yang menerima Anugerah Koperasi UTHM 2014 bersempena Majlis Konvokesyen UTHM ke-14 oleh Tunku Mahkota Johor.
Read More

EFEST 2014 Pupuk Mahasiswa Berjiwa Keusahawanan

0
Jawatankuasa Program bergambar beramai-ramai di hadapan Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM

Selaras dengan dasar kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi, Kelab Keusahawanan dan Teknologi, sebuah kelab mahasiswa UTHM yang berteraskan keusahawanan di UTHM bersama-sama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan UTHM (CBER) telah menganjurkan Festival Keusahawanan UTHM 2014 pada 23 hingga 27 September 2014 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM, Johor.
Read More

[PENDAFTARAN] Grooming - Korporat dan Alam Kerjaya

0

Tahukah anda, penampilan anda mampu mempengaruhi persepsi awal pembuat keputusan dan seterusnya mempengaruhi keputusan sesebuah perkara seperti temuduga?

Jom hadir program yang dianjurkan khas untuk berkongsi rahsia kejayaan melalui penampilan diri, Grooming - Korporat dan Alam Kerjaya yang diadakan khas buat mereka yang bertekad untuk menjadi lebih kemas, yakin dan hebat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Read More