MENGENAI PUSAT PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 19 Februari 2013. Penubuhan Pusat ini adalah hasil gabungan Pusat Keusahawanan di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) yang telah ditubuhkan pada 15 Januari 2011 dan Pusat Teknousahawan di bawah Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P).

Penubuhan Pusat Perniagaan dan Keusahawanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga adalah hasil dari Dasar Pembangunan Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementeria Pengajian Tinggi (kini dikenali Kementerian Pendidikan Malaysia) yang telah diperkenalkan pada 13 April 2010.

Dasar ini bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan di IPT bagi membolehkan aktiviti keusahawanan dapat dilaksanakan di IPT dengan lebih terancang dan holistik, khusus bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, sifat dan nilai keusahawanan.

Selaras dengan dasar Kerajaan yang menggalakkan semua universiti di Malaysia menjana pendapatan sendiri bagi menampung 30% kos pengurusan Universiti, setiap Universiti juga perlu lebih proaktif dalam menjalankan aktiviti penjaaan pendapatan.

Bagi mencapai dasar tersebut, UTHM telah memperluaskan skop dan peranan Pusat Perniagaan dan Keusahawanan. Pusat ini juga telah dijadikan sebagai "One Stop Centre" yang menguruskan aktiviti perniagaan dan keusahawanan di UTHM sama ada aktiviti berbentuk perniagaan yang melibatkan pelaburan UTHM seperti UTHM Holding dan Koperasi, aktiviti akademik seperti pembangunan subjek keusahawanan, pembangunan profesional seperti latihan, penyelidikan dan perundingan serta aktiviti keusahawanan mahasiswa.


Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan 
_________________________________________________________________________________








Dr. Wan Fauziah bt. Wan Yusoff
fauziahy@uthm.edu.my
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan



Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan 
_________________________________________________________________________________










Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali
khirul@uthm.edu.my