ALUAN PENGERUSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Kelab Keusahawanan & Teknologi UTHM (KKDT),  kelab yang berteraskan konsep keusahawanan serta memupuk minat pelajar terhadap perniagaan dan keusahawanan. KKDT telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengecapi pelbagai kejayaan dari peringkat dalam dan luar universiti. Kini KKDT telah melangkaui beberapa generasi dan telah melahirkan graduasi UTHM yang berjaya dalam  bidang keusahawanan.

Dengan pembaharuan yang telah dilakukan oleh Pusat Perniagaan dan Keusahawanan dapat membantu KKDT meneruskan misi untuk menjadi peneraju budaya keusahawanan di UTHM serta berusaha melahirkan modal insan yang berilmu dan berdaya saing untuk negara. Pembaharuan juga telah dilakukan menerusi kelab dengan menambah baik exco-exco yang sejajar dengan skop kerja dan mampu menaikkan semula nama KKDT.

Beberapa aktiviti menarik telah dirancang pada tahun ini yang bakal memberikan impak kepada universiti. Aktiviti yang dirancang meliputi beberapa aspek keusahawanan termasuklah dengan usaha menjalinkan hubungan dengan alumni KKDT dan usaha sama dengan industri dibawah exco hubungan industri dan usahasiswa. Kami juga akan terus memperkasakan permainan catur bistari yang sangat sinonim dengan KKDT sebagai permaianan yang menjana minda mahasiswa dengan perniagaan dan keusahawanan.

Dengan beberapa pendekatan yang dibuat termasuklah menerusi facebook dan blog, diharapkan dapat memberikan infomasi mengenai KKDT dan keusahawanan kepada mahasiswa. Kami selaku jawatankuasa kelab akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan aktiviti keusahawanan kepada mahasiswa UTHM.


KKDT - Pencetus Revolusi Keusahawanan.