Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa 2015

0
Pada 5 - 7 Mac 2015 yang lalu, KKDT telah mengadakan Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa yang bertempat di D'Village Resort , Ayer Keroh Melaka.
Objektif perlaksanaan program adalah :

- Merancang hala tuju, program dan aktiviti perniagaan dan keusahawanan mahasiswa sepanjang tahun 2015.

- Penstrukturan organisasi dan tanggungjawab setiap kelab dan operasi yang di bawah pemantauan CBER.

- Membuka peluang kepada mahasiswa untuk bertukar – tukar idea sesama sendiri dalam membuat perancangan.

- Memastikan sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan tersusun kerana mahasiswa yang terlibat dapat memberi sepenuh komitmen di tempat berlangsungnya program.

- Mahasiswa dapat mengumpul maklumat yang lebih jelas berkaitan peranan mereka yang perlu seiring dengan objektif CBER.

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya.




Peserta program

0 comments: