Tahniah, Majlis Tertinggi KKDT 13/14
0
Pada 31 November 2013, KKDT telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) bertempat di Dewan Kuliah 2, Pusat Niaga Siswa, UTHM. Mesyuarat dimulakan tepat jam 8.30malam dan dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali, Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM.
Dalam mesyuarat ini, antara agenda yang dibincangkan adalah pencapaian KKDT pada sesi sebelum ini dan juga pelantikan Jawatankuasa KKDT untuk sesi 2013/2014. Saudara Azlizul Aizat bin Razali telah dipilih untuk menerajui KKDT bagi sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan.
Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi KKDT pada sesi 2013/2014
Penasihat KKDT, Encik Ahmad Khirul menyampaikan harapan beliau kepada barisan kepimpinan KKDT. |
Dalam mesyuarat ini, antara agenda yang dibincangkan adalah pencapaian KKDT pada sesi sebelum ini dan juga pelantikan Jawatankuasa KKDT untuk sesi 2013/2014. Saudara Azlizul Aizat bin Razali telah dipilih untuk menerajui KKDT bagi sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan.
Berikut adalah senarai Majlis Tertinggi KKDT pada sesi 2013/2014
PRESIDEN
Sdra. Azlizul Aizat bin Razali
Sdra. Azlizul Aizat bin Razali
NAIB PRESIDEN
Sdra. Wan Muhammad Idham bin Wan Mahdi
SETIAUSAHA
Sdri. Nur Afira binti Md. Darham
BENDAHARI
Sdri. Nur Eisyah binti Mohd Noor.
Semoga dengan peralihan kepimpinan baharu ini akan merancakkan lagi perkembangan KKDT dalam usaha untuk memperkasakan budaya keusahawanan di UTHM.