Bengkel Halatuju Keusahawanan Mahasiswa
0
Peserta bergambar kenangan bersama Pengarah CBER, Dr Wan fauziah bt Wan Yusoff dan Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER |
Pada 18, 19 dan 20 januari 2014, Pusat Perniagaan dan Keusahawanan telah menganjurkan Bengkel Halatuju Keusahawanan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel telah diadakan di Shah's Beach Resort, Melaka. Progam ini telah rmelibatkan seramai 22 orang mahasiswa yang mewakili tiga buah entiti keusahawanan di UTHM iaitu KKDT, KOSISWA dan MY AGROSIS.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Wan Fauziah Binti Wan Yusoff, Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan. Para peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kelab bagi membincangkan aktiviti kelab sepanjang tahun 2014. Setiap kelab akan membentangkan kertas kerja yang telah disediakan hasil dari perbincangan berkumpulan.
Pelbagai program dirancang KKDT sepanjang sesi 13/14 antaranya Taaruf bersama Ahli KKDT, Club Social Responsibility, Seminar Rancangan Perniagaan, Kejohanan dan Bengkel Catur Bistari serta diberi amanah untuk menganjurkan projek kluster Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, Karnival Keusahawanan UTHM pada bulan April ini.
Bengkel ini secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin kelab-kelab ini agar menjadi sebuah kelab yang lebih mantap dan mampu maju ke hadapan serta menjadi lebih teguh bak kata pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Bengkel ini secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin kelab-kelab ini agar menjadi sebuah kelab yang lebih mantap dan mampu maju ke hadapan serta menjadi lebih teguh bak kata pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Sekalung penghargaan ditujukan kepada Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff, Pengarah CBER dan juga Encik Ahmad Khirul Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER atas bimbingan dan kerjasama yang diberikan demi menjayakan agenda keusahawanan mahasiswa di UTHM.