Karnival Jom ke IPT ( 2015 )

0
Pada 21 & 22 Mac 2015 yang lalu, KKDT telah menyertai Karnival Jom ke IPT anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.


KKDT telah membuka gerai jualan sepanjang karnival berlangsung sekaligus memberi peluang kepada ahli-ahli yang terlibat memperoleh ilmu jualan secara langsung dan tidak langsung.


Karnival ini turut disertai bersama tiga lagi kelab yang bernaung di bawah Pusat Keusahawanan dan Teknologi (CBER).



                                                           Ahli - ahli  yang terlibat :








0 comments:

Program 'Kami Prihatin' di Sekolah Agama Pintas Raya, Batu Pahat, Johor.

0
Pada 14 Mac 2015, Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan program 'Kami Prihatin' di Sekolah Agama Pintas Raya, Batu Pahat, Johor. 


Seramai 62 orang peserta telah mendaftar untuk program ini. Para peserta, guru-guru dan murid sekolah telah bersama-sama dalam aktiviti membersih, mengecat dan menaik taraf kawasan bilik darjah, dan sekitar kawasan sekolah. 


Semoga usaha baik KKDT bersama pihak sekolah akan dapat diteruskan pada masa akan datang, untuk memastikan murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik demi masa depan yang cemerlang.




                                                           Aktiviti yang dijalankan :

















0 comments:

Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa 2015

0
Pada 5 - 7 Mac 2015 yang lalu, KKDT telah mengadakan Program Hala Tuju Keusahawanan Mahasiswa yang bertempat di D'Village Resort , Ayer Keroh Melaka.
Objektif perlaksanaan program adalah :

- Merancang hala tuju, program dan aktiviti perniagaan dan keusahawanan mahasiswa sepanjang tahun 2015.

- Penstrukturan organisasi dan tanggungjawab setiap kelab dan operasi yang di bawah pemantauan CBER.

- Membuka peluang kepada mahasiswa untuk bertukar – tukar idea sesama sendiri dalam membuat perancangan.

- Memastikan sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan tersusun kerana mahasiswa yang terlibat dapat memberi sepenuh komitmen di tempat berlangsungnya program.

- Mahasiswa dapat mengumpul maklumat yang lebih jelas berkaitan peranan mereka yang perlu seiring dengan objektif CBER.

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya.




Peserta program

0 comments: