Pencarian Krew Baharu KKDT 2013/2014

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) sedang mencari krew baharu Kelab untuk menjadi tunjang belakang kepada penganjuran aktiviti kelab, menambahkan ilmu pengetahuan dan juga menambahkan kenalan kelab melalui jaringan KKDT.
Read More

0 comments:

Kami Mahu Anda!

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT), sebuah kelab siswa bawah tanggungjawab Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM kini sedang mencari beberapa orang siswa yang bersemangat tinggi, positif, berwawasan dan bermotivasi tinggi untuk menjayakan sebuah program berunsurkan Keusahawanan dan Khidmat Sosial yang akan dijalankan pada tahun 2014.
Read More

0 comments:

Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT

0
Wakil UTHM bergambar kenangan bersama En. Ahmad Khirul Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER, UTHM.

KKDT UTHM telah mewakili UTHM ke Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT 2013 yang diadakan di Quality Hotel, Kuala Lumpur pada 15-18 Nov 2013 yang lalu. Seramai 8 orang wakil, masing-masing 4 wakil KKDT dan 4 wakil Kosiswa UTHM dipilih untuk mengikuti program ini. Program ini adalah anjuran Universiti Utara Malaysia dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Read More

0 comments:

Tahniah, Majlis Tertinggi KKDT 13/14

0
Pada 31 November 2013, KKDT telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) bertempat di Dewan Kuliah 2, Pusat Niaga Siswa, UTHM. Mesyuarat dimulakan tepat jam 8.30malam dan dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali, Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM.

Penasihat KKDT, Encik Ahmad Khirul menyampaikan harapan beliau kepada barisan kepimpinan KKDT.

Dalam mesyuarat ini, antara agenda yang dibincangkan adalah pencapaian KKDT pada sesi sebelum ini dan juga pelantikan Jawatankuasa KKDT untuk sesi 2013/2014. Saudara Azlizul Aizat bin Razali telah dipilih untuk menerajui KKDT bagi sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan.
Read More

0 comments:

Selamat Datang

0

Assalamualaikum wrbh dan Selamat Datang.

Warga kerja KKDT amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Laman Blog ini. Sudi-sudikanlah jari anda untuk klik option yang berada dalam laman ini dan seterusnya mendapatkan informasi yang tepat daripada kami mengenai latar belakang, gerak kerja dan juga aktiviti terbaru daripada KKDT. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan dan juga nasihat dalam usaha untuk memperkasakan kelab kami.

Semoga ukhwah yang terjalin di sini terus kekal dan subur. Terima kasih.

Admin KKDT UTHM,
Batu Pahat, Johor, MY

21/1/2014

0 comments:

Takwim Aktiviti KKDT 2014

0
Sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi budaya keusahawanan di UTHM, KKDT memperkenalkan beberapa aktiviti yang bakal menyasarkan kepada semua kelompok masyarakat sama ada warga Universiti, Usahawan dan Komuniti.

Warga UTHM khususnya mahasiswa/i amat dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti anjuran kelab kami. Semoga kita semua memperoleh manfaat dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan kelak.


0 comments: