Pencarian Krew Baharu KKDT 2013/2014

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) sedang mencari krew baharu Kelab untuk menjadi tunjang belakang kepada penganjuran aktiviti kelab, menambahkan ilmu pengetahuan dan juga menambahkan kenalan kelab melalui jaringan KKDT.

Jika anda mempunyai personaliti yang menarik, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, minat berniaga dan mahu belajar, anda amat dialu-alukan untuk menyertai kami.

Menjadi krew KKDT akan memberikan anda peluang untuk mengikuti bengkel dan kursus perniagaan serata Malaysia melalui platfom KKDT, pendedahan peluang perniagaan dalam UTHM dan juga luar kampus dan dari sudut kebajikan krew terutama dalam aspek keusahawanan.

Ayuh sertai kami. Klik (sini) untuk ke pautan atau ke option Sertai Kami pada pilihan di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai kami dan aktiviti yang dijalankan, sila layari http://kkdt-uthmj.blogspot.com.

Bersama menjadi Pencetus Revolusi Keusahawanan di UTHM.

Terima kasih.

0 comments: