Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT

0
Wakil UTHM bergambar kenangan bersama En. Ahmad Khirul Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER, UTHM.

KKDT UTHM telah mewakili UTHM ke Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT 2013 yang diadakan di Quality Hotel, Kuala Lumpur pada 15-18 Nov 2013 yang lalu. Seramai 8 orang wakil, masing-masing 4 wakil KKDT dan 4 wakil Kosiswa UTHM dipilih untuk mengikuti program ini. Program ini adalah anjuran Universiti Utara Malaysia dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.


Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai keadaan suasana perniagaan semasa di Malaysia dan di luar negara, serta pendedahan teknik-teknik yang baik bagi meluaskan perniagaan. Seramai 125 orang peserta daripada pelbagai IPT di Malaysia menyertai program ini.

Antara pengisian dalam program ini adalah Sesi Perkongsian Pengalaman Dalam Perniagaan Antarabangsa bersama PM Dr. Abdul Halim Majid dari UUM, Dasar-dasar Perdagangan Luar Malaysia oleh En. wong Seng Foo (MITI), Menjalinkan Perdagangan Merentasi Sempadan Antarabangsa bersama En. Zulkifli Perai (MATRADE) dan Pembangunan Strategi dan Pemasaran Efektif oleh PM Dr. Filzah Md. Isa (UUM).

Perkongsian bersama Pengerusi Koperasi UUM

Majlis Penutupan Konvensyen telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Abdul Aziz Ab Latif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Kelantan.

0 comments: