Forum Keusahawanan Malaysia 2014

0
Staf dan peserta yang mengikuti FOKEM 2014


Pada 18 Februari 2014, KKDT telah menyertai Forum Keusahawanan Malaysia 2014 yang telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Seramai 32 orang mahasiswa berserta 2 orang staf UTHM telah mengikuti program ini.


Forum ini telah dianjurkan oleh 3 agensi  yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu SME Corp, SME Bank dan MIDF. Forum ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed. Forum ini mengandungi 3 bahagian iaitu 'Santai Bersama YB Menteri', 'Sembang-sembang Usahawan', dan  'Bual Bicara Usahawan'.

Forum ini bertujuan memberi perkongsian ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya. Forum ini juga untuk meraikan kejayaan usahawan dan PKS di Malaysia dan seterusnya memberikan mereka peluang untuk berkongsi ilmu dengan peserta.

Melalui forum ini peserta dapat mengambil segala pengalaman yang telah dilalui oleh usahawan yang telah dijemput untuk memajukan diri di dalam keusahawanan.

Sekitar Forum Keusahawanan Malaysia 2014










0 comments: