Perjumpaan MPP Keusahawanan dan Inovasi bersama Kelab, Persatuan serta Exco Kolej Kediaman Berkaitan Keusahawanan

0
Pada 21 Februari 2014, Exco Keusahawanan dan Inovasi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM telah menganjurkan sebuah perjumpaan tertutup bersama Kelab, Persatuan serta Exco Kolej Kediaman berkaitan keusahawanan. Perjumpaan ini telah diadakan di Bilik Fardu Ain, Masjid UTHM pada jam 3.00 petang. Saudara Syukri, MPP yang bertanggungjawab mengendalikan skop keusahawanan di UTHM mengendalikan program ini.


Turut hadir, Saudara Azlizul, Pengerusi KKDT, timbalannya serta Ketua Exco Keusahawanan dan Inovasi, serta wakil-wakil daripada Kolej Kediaman UTHM.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan mengenai fungsi MPP dalam konteks keusahawanan dan inovasi di UTHM di samping merapatkan ukhwah antara pertubuhan pelajar yang berkaitan keusahawanan di UTHM.

Dalam perjumpaan ini juga, pihak KKDT telah mengambil kesempatan untuk membentangkan aktiviti yang bakal dijalankan oleh KKDT pada tahun 2014 dan juga memberikan penerangan mengenai Karnival Keusahawanan yang bakal diadakan pada bulan April 2014.

Pelbagai perkara berbangkit telah dibincangkan secara bersama dalam perjumpaan tertutup ini. Semoga apa yang diperbincangkan dalam sesi ini dapat disuarakan secara lantang oleh MPP pada Pengurusan Tertinggi Universiti sebaik mungkin.

0 comments: