Bengkel Penulisan Buletin

0
Warga Exco sedang memberi tumpuan untuk menyediakan tugasan berbentuk buletin

Pada 21 Februari 2014, Exco Penerangan dan Hubungan Awam telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin bertempat di Bilik 24 Bawah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM, Batu Pahat Johor.

Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga exco mengenai penggunaan medium blogspot dalam unit penyampaian maklumat dan seterusnya berkongsi pengetahuan sesama ahli exco mengenai skil penulisan buletin.

Program ini telah dijalankan secara mentoring di mana warga exco membantu satu sama lain dengan berkongsi kemahiran dan idea.

Saudara Badruddin sedang meneliti buletin yang dihasilkan

0 comments: