Pencalonan Bagi Mengikuti 'Transfer Of Industry Knowledge Into Academia'

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Malaysian Technology Corporation (MTDC) akan menganjurkan program 'Transfer Of Industry Knowledge Into Academia' pada bulan Jun sehingga Ogos 2014.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pembangunan pendidikan keusahawanan IPT dengan merangkumkan elemen praktikal industri serta meningkatkan inovasi dalam penciptaan produk oleh IPT untuk melengkapkan ekosistem pendidikan keusahawanan yang merangkumi penggunaan teknologi ndan pengkomersialan dan meningkatkan bilangan graduan usahawan yang berpengetahuan dan berinovasi.


Program ini menggunakan modul yang diambil daripada Massachusetts Institute of Technology dan merupakan program peringkat kebangsaan.

Kriteria Peserta :-

1.Pelajar Tahun Akhir Kursus Diploma dan Ijazah

2. Keutamaan diberi kepada pelajar yang mempunyai penglaman menjalankan perniagaan

3. Mempunyai CGPA tidak kurang dari 2.50

4. Meminati bidang keusahawanan

5. Berusia kurang 30 tahun pada tarikh permohonan.


Keperluan :-

Selepas mengisi borang ini, sila hantarkan 'Curriculum Vitae' ke Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM. Peserta yang layak akan menerima elaun sebanyak RM300 sebulan.

Terima kasih.

 

0 comments: