[Ditunda] Borang Penyertaan Ke Program Jelajah Usahasiswa ke Utara 2014

0



KKDT dengan kerjasama penuh Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM akan menganjurkan Jelajah Usahasiswa Ke Utara pada 15-18 Mei 2014, Program ini dijalankan adalah untuk memberi perspektif baharu kepada usahawan dalam kalangan mahasiswa UTHM untuk mempelajari dan juga berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama mahasiswa daripada universiti lain mengenai budaya dan pembangunan usahawan di universiti masing-masing.


Justifikasi lawatan ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah merupakan sebuah universiti teknikal yang kian berkembang ke arah keusahawanan melalui pengkomersilan produk teknologi dan juga inovasi. Manakala Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih sebagai destinasi memandang universiti ini memfokuskan bidang keusahawanan dan pengurusan sebagai teras kecemerlangan UUM.

Oleh yang demikian, lawatan ini secara tidak langsung lawatan ini akan membuka perspektif yang lebih luas dalam membangunkan budaya keusahawanan di UTHM dan hasil daripada lawatan ini akan dibentangkan melalui medium Pusat Perniagaan dan Keusahawanan kepada Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor UTHM.

Golongan sasaran untuk program ini adalah :-
1. Usahawan daripada kalangan mahasiswa
2. Biro keusahawanan kolej kediaman
3. Ahli KKDT
4. Warga UTHM

Tarikh Program : 15-18 Mei 2014

Tarikh berkumpul : 15 Mei 2014 di DTMI, jam 8.30malam

Bayaran Komitmen : RM15 sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengarah Program melalui Whatapps di talian
018-3856282 atau emailkan pertanyaan anda ke uthmj.kkdt@gmail.com.

0 comments: