MYHE 2014 - UTHM Cemerlang di SIPE@UniMAP

0

Pada 5-12 April 2014, UTHM diwakili Kelab Keusahawanan dan Teknologi dengan kerjasama Kolej Kediaman Perwira telah menyertai pertandingan MYHE 2014 Social Innovation of Poverty Eradication yang berlangsung di Negeri Perlis. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan tuan rumah untuk program ini.




UTHM telah diwakili oleh 8 orang wakil yang diketuai oleh Wan Muhammad Idham, Rusdie Padu, Nazri Rosman, Kashfi Kamarudding, Raja Arif, Nurhawani, Nurul Nazira dan Nurul Shazlin.


Dalam pertandingan ini, pasukan UTHM telah membantu Kampung Gial yang terletak di Arau, Perlis untuk mewujudkan satu perkampungan homestay berasaskan agro-tourism dengan memanipulasikan kekuatan yang dimiliki oleh kampung tersebut yang mempunyai variasi buah-buahan.


Projek ini telah berjaya mendapat perhatian juri, walau bagaimanapun, pasukan UTHM hanya berjaya mara ke peringkat 8 kumpulan yang terbaik daripada 15 buah kumpulan.

Johan telah disandang oleh pasukan daripada UniMAP, manakala USIM dan UMS menyandang tempat kedua dan ketiga.


Tahniah diucapkan dan diharapkan bahawa pada masa akan datang UTHM akan terus mara.

Gambar Sekitar Program

Pasukan UTHM bergambar kenangan bersama Ketua Kampung Gial

Idham mengajar kanak-kanak di Tadika Kemas menulis abjad di Tadika Kemas Kg. Gial.


Melawat penduduk Kampung Gial bersama Ketua Kampung 

Rusdie sedang melakukan kerja-kerja kampung dengan memotong tebu


Perbentangan Pertama Program


Majlis Penutupan Rasmi Program

0 comments: