EFEST 2014 Pupuk Mahasiswa Berjiwa Keusahawanan

0
Jawatankuasa Program bergambar beramai-ramai di hadapan Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM

Selaras dengan dasar kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi, Kelab Keusahawanan dan Teknologi, sebuah kelab mahasiswa UTHM yang berteraskan keusahawanan di UTHM bersama-sama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan UTHM (CBER) telah menganjurkan Festival Keusahawanan UTHM 2014 pada 23 hingga 27 September 2014 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM, Johor.


Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan secara 'hands on' kepada mahasiswa UTHM mengenai ilmu asas keusahawanan di samping memupuk semangat jihad berniaga serta merapatkan hubungan antara warga kampus dan masyarakat melalui program berbentuk komuniti.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Seminar Keusahawanan UTHM yang telah menampilkan dua orang Alumni UTHM yang telah berjaya dalam bidang perniagaan sejak daripada bangku Universiti, Forum Keusahawanan UTHM 2014 yang telah menampilkan panel daripada pihak SME Corp dan TEKUN Nasional serta Seminar Perniagaan menggunakan parcel oleh pihak POSLAJU.

Sebagai tanggungjawab kepada komuniti, Kempen Derma Darah serta Ceramah 'Bicara Palestin' telah diadakan bagi memberi peluang kepada warga kampus dan masyarakat menyumbang kepada mereka yang lebih memerlukan.

Selain daripada itu, aktiviti kanak-kanak bersama Bank Muamalat, Pertandingan Gubahan Barang Terpakai serta Pertandingan Catur Bistari peringkat UTHM turut diadakan.

Gambar Sekitar Festival Keusahawanan UTHM 2014

Jualan Keusahawanan yang disertai mahasiswa dan peniaga luar

Seminar Grooming - Kerjaya dan Dunia Korporat bersama Encik Shafry Salim, PRO UTHM

Pertandingan Catur Bistari peringkat UTHM

Kempen Derma Darah

Demonstrasi Produk 

0 comments: