Pengerusi KKDT terima Anugerah Koperasi UTHM 2014

0
Saudara Azlizul Aizat Razali, Pengerusi KKDT 13/14 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Azlizul Aizat bin Razali, Pengerusi KKDT 2013/14 yang menerima Anugerah Koperasi UTHM 2014 bersempena Majlis Konvokesyen UTHM ke-14 oleh Tunku Mahkota Johor.

Anugerah ini diberikan kepada mahasiswa yang terlibat secara aktif dalam aktiviti keusahawanan di UTHM dan membantu pihak Universiti dalam agenda keusahawanan di UTHM.

Azlizul yang merupakan penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian UTHM telah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan aktif dalam aktiviti KKDT terutamanya Catur Bistari dan pernah dilantik sebagai Setiausaha KKDT Sesi 12/13.

Antara ahli KKDT yang bergraduasi adalah Saudara Abdul Fattah, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian yang juga menerima Anugerah Alumni UTHM atas komitmen beliau pada pergerakan UTHMas dan Saudara Jason Lim Boon Seng, Timbalan Ketua Exco Keusahawanan KKDT yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian.

Tahniah juga buat para graduan UTHM yang menerima pengijazahan pada Majlis Konvokesyen kali ini, khasnya buat warga KKDT. Teruskan kecemerlangan kalian di dunia luar kampus.

"Dengan Hikmah Kita Meneroka"

0 comments: