Pengerusi KKDT terima Anugerah Koperasi UTHM 2014

0
Saudara Azlizul Aizat Razali, Pengerusi KKDT 13/14 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Azlizul Aizat bin Razali, Pengerusi KKDT 2013/14 yang menerima Anugerah Koperasi UTHM 2014 bersempena Majlis Konvokesyen UTHM ke-14 oleh Tunku Mahkota Johor.
Read More

0 comments:

EFEST 2014 Pupuk Mahasiswa Berjiwa Keusahawanan

0
Jawatankuasa Program bergambar beramai-ramai di hadapan Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM

Selaras dengan dasar kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi, Kelab Keusahawanan dan Teknologi, sebuah kelab mahasiswa UTHM yang berteraskan keusahawanan di UTHM bersama-sama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan UTHM (CBER) telah menganjurkan Festival Keusahawanan UTHM 2014 pada 23 hingga 27 September 2014 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM, Johor.
Read More

0 comments:

[PENDAFTARAN] Grooming - Korporat dan Alam Kerjaya

0

Tahukah anda, penampilan anda mampu mempengaruhi persepsi awal pembuat keputusan dan seterusnya mempengaruhi keputusan sesebuah perkara seperti temuduga?

Jom hadir program yang dianjurkan khas untuk berkongsi rahsia kejayaan melalui penampilan diri, Grooming - Korporat dan Alam Kerjaya yang diadakan khas buat mereka yang bertekad untuk menjadi lebih kemas, yakin dan hebat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Read More

0 comments:

Pendaftaran Tutorial Pengiriman Parcel atau Barang Untuk Perniagaan Atas Talian / Pos

0


Sekretariat Festival Keusahawanan dengan rakan kerjasama program, Poslaju akan menganjurkan sebuah program yang cukup penting buat mereka yang menjalankan bisnes secara online / dengan menggunakan perkhidmatan pos.
Read More

0 comments:

EFEST UTHM 2014 - Jom Hadir Beramai-Ramai

1
Dengan rasa hormat dan rendah diri, Kelab Keusahawanan dan Teknologi selaku penganjur bersama Festival Keusahawanan UTHM 2014 menjemput semua warga UTHM dan orang ramai khususnya yang tinggal di Parit Raja dan Johor amnya untuk menghadiri festival yang julung-julung kali diadakan.

Lihat butiran pada poster untuk maklumat mengenai program ini. Jumpa di sana pada 23-27 September 2014 di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM Johor.

Yok hadir :D


1 comments:

Pencarian Bakat Siswa @ EFEST UTHM 2014

0


Read More

0 comments:

[Permohonan] Tapak Lot Niaga @ Festival Keusahawanan UTHM 2014



Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tapak Lot Niaga Festival Keusahawanan UTHM 2014 telah membuka permohonan untuk menyewa tapak lot niaga bersempena Festival Keusahawanan UTHM 2014.

Mahasiswa UTHM yang berminat untuk membuka gerai semasa program dipelawa untuk memohon. Sila isi borang atas talian di bawah untuk memohon.
Tarikh Buka Permohonan : 21 Julai 2014 Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2014

Terima kasih

Read More

KKDT melibatkan diri dalam UTHMas Garage Sale

0

Pada 27 Mac 2014 dan 30 April 2014, Exco Keusahawanan dan Inovasi KKDT telah menyertai program UTHMas Garage Sale 2014 yang bertempat di Dataran Penyu, UTHM.

Tujuan KKDT menyertai program ini adalah untuk mengasah bakat keusahawanan dalam perniagaan sebenar dan juga untuk meningkat kemahiran komunikasi ahli kelab.

Read More

0 comments:

MYHE 2014 - UTHM Cemerlang di SIPE@UniMAP

0

Pada 5-12 April 2014, UTHM diwakili Kelab Keusahawanan dan Teknologi dengan kerjasama Kolej Kediaman Perwira telah menyertai pertandingan MYHE 2014 Social Innovation of Poverty Eradication yang berlangsung di Negeri Perlis. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan tuan rumah untuk program ini.

Read More

0 comments:

[Ditunda] Borang Penyertaan Ke Program Jelajah Usahasiswa ke Utara 2014

0



KKDT dengan kerjasama penuh Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM akan menganjurkan Jelajah Usahasiswa Ke Utara pada 15-18 Mei 2014, Program ini dijalankan adalah untuk memberi perspektif baharu kepada usahawan dalam kalangan mahasiswa UTHM untuk mempelajari dan juga berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama mahasiswa daripada universiti lain mengenai budaya dan pembangunan usahawan di universiti masing-masing.
Read More

0 comments:

Tahniah Prof Madya Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff

0


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah Pusat Perniagaan dan Keusahawanan UTHM, merangkap Penaung KKDT, Prof Madya Dr. Wan Fauziah bt Wan Yusoff atas perlantikan beliau sebagai Profesor Madya mulai 16 April 2014.

Semoga dengan perlantikan beliau menjadi satu motivasi buat kami untuk maju dan juga motivasi beliau juga untuk memajukan CBER dan juga mendidik anak bangsa amnya.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
Pengerusi, Naib Pengerusi, Exco dan Ahli KKDT
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

0 comments:

Pencalonan Bagi Mengikuti 'Transfer Of Industry Knowledge Into Academia'

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Malaysian Technology Corporation (MTDC) akan menganjurkan program 'Transfer Of Industry Knowledge Into Academia' pada bulan Jun sehingga Ogos 2014.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pembangunan pendidikan keusahawanan IPT dengan merangkumkan elemen praktikal industri serta meningkatkan inovasi dalam penciptaan produk oleh IPT untuk melengkapkan ekosistem pendidikan keusahawanan yang merangkumi penggunaan teknologi ndan pengkomersialan dan meningkatkan bilangan graduan usahawan yang berpengetahuan dan berinovasi.
Read More

0 comments:

Pertandingan Social Innovation for Poverty Eradication 2014 @ UniMAP

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) dan Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER) sedang mencari mahasiswa yang kreatif, inovatif dan minat terhadap keusahawanan sosial untuk menyertai program ini.

Program akan dijalankan pada bulan 5 April 2014 - 12 April 2014 di Negeri Perlis dan merupakan program peringkat kebangsaan.

Read More

0 comments:

Taaruf KKDT : Kami adalah keluarga KKDT!

0

Pada 5 Mac 2014, Majlis Tertinggi KKDT telah menganjurkan sebuah program yang cukup mahabbah yang dinamakan Taaruf KKDT. Program ini telah dijalankan di Dewan Kuliah 3, UTHM dan dihadiri lebih 30 orang mahasiswa yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.
Read More

0 comments:

Memo : Perhatian kepada Calon Krew / Sukarelawan Karnival Keusahawanan UTHM

0
Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera, saudara/i.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pengelola Karnival Keusahawanan UTHM 2014 telah menyenarai pendekkan calon-calon yang berpotensi untuk menggalas amanah sebagai urusetia karnival keusahawanan. Sila rujuk Lampiran 1 untuk menyemak senarai nama calon yang disenarai pendek.

Read More

0 comments:

Jemputan Menyertai Taaruf KKDT

0

Kami mahu mengenali kalian.

Marilah bersama hadir ke Dewan Kuliah 1, PNS pada 5 Mac 2014 pada jam 8 malam untuk sesi bertaaruf bersama pengurusan tertinggi KKDT. Kami akan berkongsi perancangan kami sepanjang tahun ini dan juga berkongsi serta bertukar idea untuk menjadikan pengalaman anda bersama KKDT sesuatu yang bermanfaat.


Dengan rasa rendah hati, kami menjemput kalian semua ke program ini. 

Jumpa di sana...

0 comments:

Tawaran Untuk Menjadi Krew Karnival Keusahawanan UTHM 2014

0

Assalamualaikum wrbh dan salam sejahtera.

Rakan-rakan UTHM yang dikasihi.

Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, melalui Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) akan menganjurkan Karnival Keusahawanan UTHM pada sekitar bulan April / Mei 2014 bertempat di UTHM


Read More

0 comments:

Perjumpaan MPP Keusahawanan dan Inovasi bersama Kelab, Persatuan serta Exco Kolej Kediaman Berkaitan Keusahawanan

0
Pada 21 Februari 2014, Exco Keusahawanan dan Inovasi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM telah menganjurkan sebuah perjumpaan tertutup bersama Kelab, Persatuan serta Exco Kolej Kediaman berkaitan keusahawanan. Perjumpaan ini telah diadakan di Bilik Fardu Ain, Masjid UTHM pada jam 3.00 petang. Saudara Syukri, MPP yang bertanggungjawab mengendalikan skop keusahawanan di UTHM mengendalikan program ini.
Read More

0 comments:

Bengkel Halatuju Keusahawanan Mahasiswa

0

Peserta bergambar kenangan bersama Pengarah CBER, Dr Wan fauziah bt Wan Yusoff dan Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER

Pada 18, 19 dan 20 januari 2014, Pusat Perniagaan dan Keusahawanan telah menganjurkan Bengkel Halatuju Keusahawanan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel telah diadakan di Shah's Beach Resort, Melaka. Progam ini telah rmelibatkan seramai 22 orang mahasiswa yang mewakili tiga buah entiti keusahawanan di UTHM iaitu KKDT, KOSISWA dan MY AGROSIS.
Read More

0 comments:

Forum Keusahawanan Malaysia 2014

0
Staf dan peserta yang mengikuti FOKEM 2014


Pada 18 Februari 2014, KKDT telah menyertai Forum Keusahawanan Malaysia 2014 yang telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Seramai 32 orang mahasiswa berserta 2 orang staf UTHM telah mengikuti program ini.
Read More

0 comments:

Cabaran Catur Bistari Peringkat Kolej Kediaman UTHM

0
Barisan jawatankuasa cabaran catur bistari UTHM

Pada 28 Disember 2013 yang lepas, KKDT telah menganjurkan program Cabaran Catur Bistari Peringkat Kolej Kediaman UTHM. Seramai tiga kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Antara kolej yang menyertai cabaran ini adalah Kolej Kediaman Perwira, Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Pelajar Tanpa Asrama.
Read More

0 comments:

Bengkel Penulisan Buletin

0
Warga Exco sedang memberi tumpuan untuk menyediakan tugasan berbentuk buletin

Pada 21 Februari 2014, Exco Penerangan dan Hubungan Awam telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buletin bertempat di Bilik 24 Bawah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM, Batu Pahat Johor.
Read More

0 comments:

SME University Internship 2014

4

SME Corp dan Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER), UTHM akan menganjurkan SME University Internship 2014 pada sekitar bulan Mei hingga Julai 2014.
Read More

4 comments:

1MeT : Langkah Pertama Keusahawanan

1
Berminat untuk memulakan perniagaan sendiri?
Tak tahu nak mula di mana?
Tak ada orang nak bagi bimbingan dengan percuma?
Read More

1 comments:

Forum Keusahawanan Malaysia 2014

0

Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER) UTHM dan KKDT akan menyertai Forum Keusahawanan Malaysia 2014 yang akan diadakan pada butiran berikut :-
Read More

0 comments:

Pencarian Krew Baharu KKDT 2013/2014

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) sedang mencari krew baharu Kelab untuk menjadi tunjang belakang kepada penganjuran aktiviti kelab, menambahkan ilmu pengetahuan dan juga menambahkan kenalan kelab melalui jaringan KKDT.
Read More

0 comments:

Kami Mahu Anda!

0

Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT), sebuah kelab siswa bawah tanggungjawab Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM kini sedang mencari beberapa orang siswa yang bersemangat tinggi, positif, berwawasan dan bermotivasi tinggi untuk menjayakan sebuah program berunsurkan Keusahawanan dan Khidmat Sosial yang akan dijalankan pada tahun 2014.
Read More

0 comments:

Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT

0
Wakil UTHM bergambar kenangan bersama En. Ahmad Khirul Nizam Ali, Penolong Pendaftar CBER, UTHM.

KKDT UTHM telah mewakili UTHM ke Konvensyen Keusahawanan Antarabangsa IPT 2013 yang diadakan di Quality Hotel, Kuala Lumpur pada 15-18 Nov 2013 yang lalu. Seramai 8 orang wakil, masing-masing 4 wakil KKDT dan 4 wakil Kosiswa UTHM dipilih untuk mengikuti program ini. Program ini adalah anjuran Universiti Utara Malaysia dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Read More

0 comments:

Tahniah, Majlis Tertinggi KKDT 13/14

0
Pada 31 November 2013, KKDT telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keusahawanan dan Teknologi (KKDT) bertempat di Dewan Kuliah 2, Pusat Niaga Siswa, UTHM. Mesyuarat dimulakan tepat jam 8.30malam dan dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Khirul bin Nizam Ali, Penolong Pendaftar Pusat Perniagaan dan Keusahawanan, UTHM.

Penasihat KKDT, Encik Ahmad Khirul menyampaikan harapan beliau kepada barisan kepimpinan KKDT.

Dalam mesyuarat ini, antara agenda yang dibincangkan adalah pencapaian KKDT pada sesi sebelum ini dan juga pelantikan Jawatankuasa KKDT untuk sesi 2013/2014. Saudara Azlizul Aizat bin Razali telah dipilih untuk menerajui KKDT bagi sesi 2013/2014. Tahniah diucapkan.
Read More

0 comments:

Selamat Datang

0

Assalamualaikum wrbh dan Selamat Datang.

Warga kerja KKDT amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Laman Blog ini. Sudi-sudikanlah jari anda untuk klik option yang berada dalam laman ini dan seterusnya mendapatkan informasi yang tepat daripada kami mengenai latar belakang, gerak kerja dan juga aktiviti terbaru daripada KKDT. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan dan juga nasihat dalam usaha untuk memperkasakan kelab kami.

Semoga ukhwah yang terjalin di sini terus kekal dan subur. Terima kasih.

Admin KKDT UTHM,
Batu Pahat, Johor, MY

21/1/2014

0 comments:

Takwim Aktiviti KKDT 2014

0
Sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi budaya keusahawanan di UTHM, KKDT memperkenalkan beberapa aktiviti yang bakal menyasarkan kepada semua kelompok masyarakat sama ada warga Universiti, Usahawan dan Komuniti.

Warga UTHM khususnya mahasiswa/i amat dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti anjuran kelab kami. Semoga kita semua memperoleh manfaat dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan kelak.


0 comments: